Kajian Penggunaan Internet di kalangan pegawai ikhtisas delam perkhidmatan gunasama perpustakaan, di bawah pengawasan perpustakaan negara Malaysia

Ibrahim, Hasnita (1999) Kajian Penggunaan Internet di kalangan pegawai ikhtisas delam perkhidmatan gunasama perpustakaan, di bawah pengawasan perpustakaan negara Malaysia. Masters thesis, University of Malaya.

[img] Rich Text (RTF)
Kajian Penggunaan Internet di kalangan pega wai ikhtisas delam perkhidmatan gunasama perpustakan, di ba wah penga wasan perpustakan negara Malaysia.RTF

Download (129kB)
Official URL: http://dspace.fsktm.um.edu.my/handle/1812/669

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui dengan lebih jelas lagi mengenai pengaksesan Internet dan penglibatan penggunaan Internet dalam tugas di kalangan pegawai ikhtisas dalam Perkhidmatan Gunasama Perpustakaan, di bawah pengawasan Perpustakaan Negara Malaysia. Seramai 62(96.9%) pegawai ikhtisas daripada 48 buah perpustakaan telah bertindakbalas terhadap soal selidik tersebut. Terdapat sebanyak 10 objektif dan 13 soalan penyelidikan telah dibentuk. Data telah dianalisa menggunakan perisian SPSS. Penemuan mendapati bahawa 91.94% daripada pegawai ikhtisas boleh mengakses Internet dan masih terdapat 8.06% tidak boleh mengakses Internet di perpustakaan mereka. Kesemua 57 responden yang boleh mengakses Internet di perpustakaan mereka, melibatkan penggunaan Internet dalam tugas. Dan i segi kekerapannya, penggunaan Internet sebagai hanya sebahagian daripada tugas adalah sangat tinggi berbanding dengan sebagai sepenuh masa dan jarang menggunakan Internet. Internet paling membantu dalam menjawab soalan rujukan , diikuti dengan penyebaran maklumat terkini, mengkatalog dan mengkelas bahan , kesedaran semasa, pembangunan koleksi, perolehan, pinjaman di antara perpustakaan, kesedaran semasa dan orientasi perpustakaan. Penglibatan Internet dengan tugas masih tidak memuaskan kerana purata tertinggi hanyalah 2.9649 (purata penuh adalah 5). Penemuan mendapati kekerapan penggunaan bagi mel elektronik adalah yang paling tinggi, diikuti dengan penggunaan WWW, Telnet, FTP dan kumpulan perbincangan. Penggunaan aplikasi asas juga tidak memuaskan dengan purata tertinggi ialah 3.1228. Diantara masalah yang dikenalpasti ialah masalah dengan masa pencarian, masalah talian susah atau lambat untuk disambung , masalah 'server' selalu 'down' , masalah teknikal dan masalah kurang kemahiran membuat pencarian. Pegawai ikhtisas merasakan latihan yang diterima sangat tidak mencukupi. Secara keseluruhan, Internet masih belum digunakan secara maksimum oleh pegawai ikhtisas.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z665 Library Science. Information Science
Divisions: Faculty of Engineering, Science and Mathematics > School of Electronics and Computer Science
Depositing User: MS SITI NUR ATIKAH MOHAMAD RUSDI
Date Deposited: 10 Jul 2013 06:22
Last Modified: 10 Jul 2013 06:22
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/111

Actions (login required)

View Item View Item