ERA PEMULIHAN DI MADRASAH IDRISIAH BUKIT CHANDAN KUALA KANGSAR PERAK: ANALISIS SUMBANGAN USTAZ MUSA BIN ZAINUDDIN (1985-1999)

Nor, Nor Adina Abdul Kadir & Mohd Roslan Mohd (0005) ERA PEMULIHAN DI MADRASAH IDRISIAH BUKIT CHANDAN KUALA KANGSAR PERAK: ANALISIS SUMBANGAN USTAZ MUSA BIN ZAINUDDIN (1985-1999). Jurnal Al-Muqaddimah.

[img] PDF
01-Adina1.pdf

Download (240kB)

Abstract

Artikel ini cuba memaparkan peranan seorang tokoh pemulihan Madrasah Idrisiah dalam usahanya membawa kembali kegemilangan madrasah sebagai institusi pendidikan agama yang masyhur di Perak. Allahyarham Ustaz Musa Zainuddin merupakan Mudir ketujuh madrasah dan melalui zamannya madrasah Idrisiah (1985-1999) telah mengalami pelbagai transformasi bukan sahaja perubahan dari sudut akademik dan prasarana sekolah tetapi juga perubahan program bagi melatih golongan pelajarnya dari sudut kualiti kepimpinan. Justeru, kajian ini dijalankan dengan menggunakan metode kualitatif. Teknik temu bual mendalam kepada responden dan pengalaman ikut serta merupakan antara teknik kajian yang digunakan dalam proses pengumpulan data lapangan di samping penulis menggunakan metode perpustakaan dan dokumentasi. Hasil kajian ini penulis dapat melihat kemajuan-kemajuan yang dicapai oleh beliau serta kejayaan para pelajar hasil perubahan yang dilakukan biarpun berdepan dengan cabaran-cabaran yang bisa menggugat sepanjang beliau mengemudi madrasah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Madrasah Idrisiah, Sumbangan, Ustaz Musa Zainuddin, Pendidikan Agama, Perak.
Depositing User: MR. ADNAN YAHYA
Date Deposited: 14 Oct 0005
Last Modified: 14 Oct 0005
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/115726

Actions (login required)

View Item View Item