TULISAN MENGENAI SEJARAH ISLAM DALAM MAJALAH GURU: SATU SOROTAN

Hamid, Norlida Abdul Salam & Faisal @ Ahmad Faisal Abdul (0005) TULISAN MENGENAI SEJARAH ISLAM DALAM MAJALAH GURU: SATU SOROTAN. Jurnal Al-Muqaddimah.

[img] PDF
02-norlida1.pdf

Download (367kB)

Abstract

Artikel ini membincangkan aplikasi Bahagian Tawarikh yang terdapat dalam Majalah Guru sebagai medium bagi rujukan pelajar, guru dan juga masyarakat amnya. Penulisan artikel ini akan menumpukan kepada tulisan mengenai sejarah Islam yang terdapat dalam Bahagian Tawarikh terutamanya pada tahun 1924-1929. Penulisan kajian ini menggunakan metode dokumentasi iaitu menjadikan Majalah Guru sebagai subjek kajian dan akhir sekali apabila semua data yang diperlukan sudah dikumpul maka olahan dan penganalisaan data dilakukan. Kesimpulan yang dapat dibuat dari penulisan artikel ini ialah, kemunculan persekutuan guru-guru Melayu pada dekad 20-an telah menjadikan Majalah Guru sebagai sumber rujukan tambahan selain buku teks terutamanya dalam sejarah Islam. Ini adalah kerana pada zaman penjajahan sekolah-sekolah di Tanah Melayu tidak didedahkan kepada sejarah Islam melainkan sejarah Alam Melayu‟ dan sejarah dunia. Ini menunjukkan bahawa majalah juga dijadikan sebagai sumber sejarah seperti mana yang telah disebutkan oleh Khoo Kay Kim (1979).

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Majalah Guru, Mata Pelajaran Sejarah, Bahagian Tawarikh, Masyarakat Melayu
Depositing User: MR. ADNAN YAHYA
Date Deposited: 14 Oct 0005
Last Modified: 14 Oct 0005
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/115728

Actions (login required)

View Item View Item