MAJALAH AL-ISLAH SEBAGAI MAJALAH BERBENTUK ISLAH: SUATU SOROTAN

Jalani, Hamidah (0005) MAJALAH AL-ISLAH SEBAGAI MAJALAH BERBENTUK ISLAH: SUATU SOROTAN. Jurnal Al-Muqaddimah.

[img] PDF
05-hamidah.pdf

Download (361kB)

Abstract

Perkembangan di dalam dunia persuratan telah membuktikan bahawa akhbar dan majalah suatu ketika dahulu telah berjaya mempengaruhi pemikiran masyarakatnya. Kehadiran akhbar dan majalah seperti al-Imam, Idaran Zaman, Saudara, al-Ikhwan dan al-Islah membuktikan bahawa alat-alat sebaran seperti ini mendapat tempat di hati pembaca. Ditambah dengan perkembangan gerakan islah di Pulau Pinang khasnya dan di Tanah Melayu amnya, telah menyemarakkan lagi aktiviti penerbitan berbentuk islah. Namun terdapat persoalan yang jelas bagaimanakah yang dikatakan dengan majalah berbentuk islah. Apakah kriteria-kriteria yang perlu dimiliki oleh akhbar dan majalah yang dilabelkan sebagai persuratan berbentuk pembaharuan. Adakah cukup sekadar penerbit dan penulisnya berjiwa islah atau rencana-rencananya lebih bersifat menegur dan memberi nasihat atau juga adakah cukup sekadar nama majalah itu bersifat islah?. Justeru itu, kertas ini membincangkan secara lanjut mengenai kriteria-kriteria yang perlu dimiliki oleh sesebuah majalah sama ada ia dapat dilabelkan sebagai majalah islah atau tidak dengan memberikan tumpuan secara menyeluruh kepada Majalah al-Islah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Perkembangan Dunia Persuratan, Akhbar Dan Majalah, Islah, Kriteria Islah, Majalah Al-Islah
Depositing User: MR. ADNAN YAHYA
Date Deposited: 14 Oct 0005
Last Modified: 14 Oct 0005
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/115729

Actions (login required)

View Item View Item