E-jurnal ilmiah di Malaysia: satus dan sikap ahli akademik

Hashim, Roosfa (2000) E-jurnal ilmiah di Malaysia: satus dan sikap ahli akademik. Masters thesis, University of Malaya.

[img] PDF
E-jurnal ilmiah di Malaysia satus dan sikap ahli akademik.pdf

Download (216kB)
Official URL: http://dspace.fsktm.um.edu.my/handle/1812/649

Abstract

Sejak American Association for the Advancement of Science menerbitkan The Online Journal of Current Clinical Trial pada 1992, muncul pada hari ini ribuan e-jurnal di Internet dalam pelbagai bidang dan bahasa dan dari pelbagai negara di segenap penjuru dunia. Internet menyediakan medium baru kepada para sarjana dalam semua bidang untuk melapor penemuan terbaru mereka secara pantas, mudah, murah dan tersebar luas. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kedudukan terkini e-jurnal di negara mi. Kajian ini penting bagi mengetahui status penerbitan e-jurnal ilmiah di negara ini serta penerimaan sarjana kita terhadapnya. Persoalan yang ingin dijawab adalah: Apakah judul-judul judul¬judul jurnal Malaysia yang sedang beredar di Internet sekarang? Dalam bidang apa? Berapa jumlahnya? Apakah projek berkaitan e-jurnal yang sedang diusahakan di Malaysia sekarang? Institusi mana yang melaksanakan projek itu? Berapa jumlah kewangan yang terlibat? Apakah sikap ahli akademik dalam menghadapi e-jurnal? Sejumlah 151 ahli akademik di IPTA dan IPTS yang merentas hampir semua bidang sains sosial dan kemanusiaan serta bidang sains, teknologi dan perubatan telah dipilih sebagai responden dalam kajian mi. Soal selidik dikemukakan kepada responden melalui e-mail. Hasil kajian ini mengenal pasti enam judul e-jumal ilmiah di negara ini diusahakan oleh universiti, agensi awam dan swasta. Kajian ini juga mengesahkan ahli akademik negara ini menerima dengan baik e-jurnal kerana sifatnya yang mudah, murah, pantas, tersebar luas dan menjadi me¬dium baru bagi komunikasi ilmiah. Hasil kajian ini membawa implikasi bahawa terdapat masa depan yang baik bagi pertumbuhan e-jurnal di negara mi. Ahli akademik mula bersedia menerima e-jurnal sebagai medium barn dalam komunikasi ilmiah.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z665 Library Science. Information Science
Divisions: Faculty of Engineering, Science and Mathematics > School of Electronics and Computer Science
Depositing User: MS SITI NUR ATIKAH MOHAMAD RUSDI
Date Deposited: 10 Jul 2013 06:20
Last Modified: 10 Jul 2013 06:20
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/121

Actions (login required)

View Item View Item