Nilai-Nilai Islam Dalam Program Pemulihan Banduanita Di Penjara

Mohammd Jodi, Khairul Hamimah and Hamat, Mohd Fauzi and Tawpek, Hadenan (2012) Nilai-Nilai Islam Dalam Program Pemulihan Banduanita Di Penjara. Jurnal Usuluddin, 35 (2012).

[img] PDF
Jurnal.Usuluddin.35.2012-07.Hamimah.Nilai.pdf

Download (377kB)

Abstract

Jabatan Penjara Malaysia merupakan sebuah entiti koreksi yang profesional di negara ini. Ia menyediakan program khusus bagi banduanita melalui Program Pembangunan Insan untuk memulihkan mereka, khususnya dari aspek sahsiah. Program ini turut menerapkan nilai-nilai Islam. Sehubungan itu, artikel ini mengupas nilai-nilai Islam yang diterapkan, dan menganalisis kaedah pelaksanaan penerapan nilai-nilai Islam melalui Program Pembangunan Insan. Artikel ini menggunakan kajian perpustakaan bagi mendapatkan informasi tentang nilai-nilai Islam yang diterapkan dalam program ini. Selain itu, beberapa metode kajian lapangan seperti dokumentasi, temu bual, pemerhatian turut serta dan cerapan digunakan untuk mendapatkan fakta sosial. Dapatan kajian ini menunjukkan nilai dedikasi, kerjasama, tekun, tanggungjawab, bersih dan disiplin menjadi keutamaan dalam program ini selain daripada nilai-nilai lain yang seumpamanya. Ini bertujuan untuk membentuk peribadi pelatih yang komited, bersungguh-sungguh dan rajin melakukan pembaikan diri, di samping mempunyai matlamat yang baik apabila dibebaskan. Malah sifat ini bakal membawa satu transformasi baru dalam kehidupan mereka selanjutnya.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pemulihan, penjara, banduan, wanita
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Depositing User: MS NURUL SYAFIQAH RAMALIM
Date Deposited: 31 Jul 2013 02:58
Last Modified: 31 Jul 2013 02:58
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/1300

Actions (login required)

View Item View Item