Tinjauan Mengenai Unsur Islam Dalam Kehidupan Intelektual Rusia Berasaskan Bahan Kajian Para Orientalis Terpilih

Z, Wan Jamaluddin (2012) Tinjauan Mengenai Unsur Islam Dalam Kehidupan Intelektual Rusia Berasaskan Bahan Kajian Para Orientalis Terpilih. Jurnal Usuluddin, 35 (2012).

[img] PDF
Jurnal.Usuluddin.35.2012-05.Jamaluddin.Rusia.pdf

Download (419kB)

Abstract

Rusia moden telah mencapai kecemerlangan dalam sains dan teknologi dengan bersumberkan beberapa tradisi intelektual hebat dunia, termasuk daripada peradaban Greek dan Byzantium, tetapi tidak ketinggalan juga peradaban Islam. Hasil pemikiran dan karya beberapa sarjana dan ahli sains Muslim klasik telah dipergunakan oleh sebilangan pengkaji bangsa Rusia. Sehubungan itu, makalah ini meneliti, antara lain, sumbangan al-Tabari, al-Maqdisi, al-Idrisi, al-Mas‘udi, ibn Khurdadbih, ibn Hawqal, ibn Fadlan dan ibn Batutah ke atas peradaban Rusia dalam bidang sejarah, antropologi dan seumpamanya, selain sumbangan al-Bitruji, Ulugh Beg, ibn Majid, Nasir al-Din al-Tusi dan al-Biruni dalam bidang astronomi, fizik, matematik, sains tulen dan seumpamanya. Akhirnya, makalah ini mendapati interaksi peradaban Islam dengan Rusia adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada ummah Islam kini agar tidak mengabaikan tradisi intelektual silam mereka.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Islam, Rusia, tradisi intelektual, sarjana klasik
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
C Auxiliary Sciences of History > CB History of civilization
Depositing User: MS NURUL SYAFIQAH RAMALIM
Date Deposited: 31 Jul 2013 02:57
Last Modified: 31 Jul 2013 02:57
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/1301

Actions (login required)

View Item View Item