Salahuddin Al-Ayubi Dalam Menangani Masyarakat Kristian Di Islamicjerusalem Dan Palestin

Mohd Nor, Mohd Roslan and Mohd Noor, Nor Shakila (2012) Salahuddin Al-Ayubi Dalam Menangani Masyarakat Kristian Di Islamicjerusalem Dan Palestin. Jurnal Usuluddin, 35 (2012).

[img] PDF
Jurnal.Usuluddin.35.2012-06.Roslan.Salahuddin.pdf

Download (216kB)

Abstract

Umat Islam telah berjaya membebaskan Islamicjerusalem dan kota Baitulmuqaddis bagi kali yang kedua di bawah pimpinan Salahuddin al-Ayubi. Beliau telah memimpin pasukan Muslim dan berjaya membebaskan kota tersebut pada tahun 1187. Ketika kota tersebut dibebaskan, Islamicjerusalem dan kota Baitulmuqaddis mempunyai rakyat daripada pelbagai latar agama, termasuk Kristian. Oleh kerana Perang Salib yang berlaku melibatkan Muslim dan Kristian, maka hubungan dan tindakan pemimpin terhadap golongan ini sewaktu mencapai kemenangan adalah amat penting untuk dikaji. Ini bagi melihat sejauh mana tindakan-tindakan yang dilakukan oleh pemimpin Islam dalam menghormati penganut agama lain. Oleh yang demikian, kertas ini mengkaji dan memaparkan peristiwa besar pembebasan kota Baitulmuqaddis dengan melihat kepada Salahuddin al-Ayubi dalammenangani masyarakat Kristian di Islamicjerusalem dan kota Baitulmuqaddis tersebut.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Salahuddin al-Ayubi, hubungan Muslim-Kristian, Islamicjerusalem, Baitulmuqaddis, Palestin
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
Depositing User: MS NURUL SYAFIQAH RAMALIM
Date Deposited: 31 Jul 2013 02:57
Last Modified: 31 Jul 2013 02:57
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/1302

Actions (login required)

View Item View Item