K-KUIZ : SISTEM KUIZ KOLABORATIF

Saniron, Shamsul (2007) K-KUIZ : SISTEM KUIZ KOLABORATIF. Masters thesis, University of Malaya.

[img] PDF
Shamsul Saniron.pdf

Download (3MB)

Abstract

Sokongan komputer kepada pembelajaran kolaboratif (Computer Supported Collaboratif Learning (CSCL)) menyediakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai salah satu media terhadap persekitaran kaedah pembelajaran secara kolaboratif. Tesis ini menfokuskan kepada rekabentuk dan pembangunan prototaip sistem kuiz kolaboratif berasaskan web bagi Institut Pendidikan Guru (IPG). Kajian kesusasteran dilaksanakan terhadap empat topik utama iaitu kuiz kolaboratif, pembelajaran kolaboratif, pelaksanaan kuiz kolaboratif di tiga buah universiti di luar negara dan di IPG dan aplikasi CSCL. Jadual perbandingan pelaksanaan kuiz kolaboratif dan jadual komponen & aktiviti kuiz kolaboratif yang dihasilkan menjadi asas bagi sesi percambahan fikiran dalam merangka model proses pelaksanaan sistem K-Kuiz. Model proses pelaksanaan ini menunjukkan aliran aktiviti dan komponen-komponen utama yang terlibat. Menerusi model proses tersebut prototaip K-Kuiz yang berasaskan web direkabentuk dan dibangunkan. Teknik Object Oriented Analysis digunakan dalam mengenalpasti keperluan sistem dengan lebih terperinci dengan cara mengaplikasikan UML (Unified Modeling Language). Pembangunan prototaip k-kuiz menggunakan metodologi pembangunan Iterative and Incremental. Penilaian dilaksanakan terhadap keberkesanan K-Kuiz menerusi ujian pilot terhadap 20 orang guru pelatih dan 3 orang pensyarah di IPG. Dapatan kajian menunjukkan pensyarah dan guru pelatih secara umumnya mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan sistem K-Kuiz dalam pengajaran dan pembelajaran.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z665 Library Science. Information Science
Depositing User: MS NOOR ZAKIRA ZULRIMI
Date Deposited: 11 Jul 2013 01:02
Last Modified: 11 Jul 2013 01:02
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/138

Actions (login required)

View Item View Item