Keperluan dan tabiat pencarian umat di kalangan pengamal perubatan di hukm

Md. Radzi, Mohd Abdul Hafiz (2001) Keperluan dan tabiat pencarian umat di kalangan pengamal perubatan di hukm. Masters thesis, University of Malaya.

[img] PDF
Keperluan dan tabiat pencarian umat di kalangan pengamal perubatan di hukm.pdf

Download (551kB)
Official URL: http://dspace.fsktm.um.edu.my/handle/1812/647

Abstract

Keperluan dan tabiat pencarian maklumat di kalangan pengamal perubatan merujuk apa dan bagaimana pengamal perubatan mencari maklumat yang diperlukan untuk tugasan dan penyelidikan mereka. Kajian dilakukan bagi mengetahui jenis-jenis maklumat yang diperlukan, sumber dapatan maklumat dan keberkesanan penggunaan maklumat serta masalah yang dihadapi ketika mereka memerlukan maklumat. Penyelidikan ini melibatkan populasi pengamal perubatan yang berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sahaja. Kaedah soalselidik telah digunakan bagi mendapatkan maklumbalas daripada responden. Hasil penyelidikan yang telah dijalankan menunjukkan sebanyak 85.9% responden didapati tidak mempunyai skil pencarian maklumat atau penggunaan perpustakaan walaupun mereka ini mempunyai kelayakan akademik yang tinggi dan aktif di dalam menjalankan penyelidikan dan mendapatkan maklumat untuk tujuan pembacaan serta melakukan tugasan berkaitan dengan bidang perubatan. Hanya 19 responden sahaja yang menyatakan mereka pernah menghadiri kursus atau bengkel skil pencarian maklumat atau penggunaan perpustakaan. Sumber maklumat utama bagi responden ini adalah maklumat dari bahan penulisan, diikuti oleh maklumat dari sistem dan teknologi maklumat, organisasi dan manusia. Maklumat daripada jurnal, pangkalan data atas talian, perpustakaan dan kawan-kawan didapati sebagai antara maklumat yang sangat berguna dan berkesan kepada pengamal perubatan dalam membantu mereka menjalankan tugas dan penyelidikan. Cadangan juga telah dikemukakan bagi membolehkan pihak Perpustakaan HUKM mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan kemudahan kepada pengguna. Program kemahiran maklumat dan penggunaan perpustakaan mesti dilaksanakan oleh pihak perpustakaan bagi membantu pengamal perubatan menjalankan kerja pencarian maklumat dengan lebih berkesan terutama bagi memenuhi keperluan dan tabiat pencarian maklumat di kalangan pengamal perubatan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z665 Library Science. Information Science
Divisions: Faculty of Engineering, Science and Mathematics > School of Electronics and Computer Science
Depositing User: MS SITI NUR ATIKAH MOHAMAD RUSDI
Date Deposited: 11 Jul 2013 01:01
Last Modified: 11 Jul 2013 01:01
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/150

Actions (login required)

View Item View Item