Analisis Pengaruh Politik Islam di Negeri Kelantan Terhadap Gaya Hidup Masyarakat di Malaysia.

ADNAN, MOHAMAD AZRIEN BIN MOHAMED (2011) Analisis Pengaruh Politik Islam di Negeri Kelantan Terhadap Gaya Hidup Masyarakat di Malaysia. DEPARTMENT OF ISLAMIC HISTORY AND CIVILIZATION.

Full text not available from this repository.

Abstract

Pada tahun 1990, Kerajaan Kelantan di bawah pimpinan PAS dan rakan kongsi politiknya Parti Semangat 46 (S46) telah memperkenalkan sistem politik Islam dalam pentadbiran melalui perbagai program keislaman, di antaranya menyelaraskan kegiatan ekonomi dan kewangan dengan prinsip Islam, menghapuskan kegiatan judi dan pelacuran, menyelaraskan seni dan budaya dengan prinsip Islam, mengemaskini penjualan arak untuk orang bukan Islam dan sebagainya. Setelah 20 tahun program keislaman tersebut dilaksanakan melalui slogan Membangun Bersama Islam, satu persoalan wajar diajukan bagi mengetahui sejauh mana amalan politik Islam tersebut memberi kesan atau pengaruh kepada masyarakat setempat, institusi kewangan, sistem pentadbiran dan sebagainya. Persoalan di atas amat menarik untuk dibincangkan dalam kertas kerja ini bagi memberikan gambaran bagaimana perlaksanaan Islam dalam pentadbiran menjadi kaedah yang berkesan dan cepat dalam mempengaruhi gaya hidup masyarakat. Perbincangan ini dikira dapat menambahkan koleksi ilmu siasah (pentadbiran dan pengurusan) yang berpaksikan ajaran Islam dan peranannya dalam pembangunan ummah.

Item Type: Other
Uncontrolled Keywords: Analisis Pengaruh Politik Islam di Negeri Kelantan Terhadap Gaya Hidup Masyarakat di Malaysia.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Depositing User: MR. ADNAN YAHYA
Date Deposited: 14 Nov 2011
Last Modified: 14 Nov 2011
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/15368

Actions (login required)

View Item View Item