Analisis Pengaruh Politik Islam Terhadap Pembaharuan Hukum Pada Zaman Khalifah Umar Ibn al-Khattab

ADNAN, MOHAMAD AZRIEN BIN MOHAMED (2011) Analisis Pengaruh Politik Islam Terhadap Pembaharuan Hukum Pada Zaman Khalifah Umar Ibn al-Khattab. DEPARTMENT OF ISLAMIC HISTORY AND CIVILIZATION.

Full text not available from this repository.

Abstract

Sejarah perkembangan politik Islam yang bermula pada zaman Rasulullah SAW telah melakukan lonjakan yang sangat hebat pada zaman Khulafa al-Rasyidin, terutamanya ketika Sayyidina Umar memegang jawatan khalifah. Di antara lonjakan yang menarik ialah pembaharuan hukum dan undang-undang yang telah dicetuskan melalui sistem pilitik Islam yang melibatkan sektor ibadat, muamalat, kekeluargaan, pentadbiran dan sebagainya. Ia sekaligus meningkatkan kekuatan ummah dan negara. Persoalan ini sangat menarik untuk dibincangkan di dalam kertas kerja ini bagi mengetahui bagaimana hubungan antara polisi kerajaan dengan pembaharuan hukum dan undang-undang, serta bagaimana proses yang dijalankan bagi menguruskan pembaharuan tersebut. Dengan ini diharapkan perbincangan ini dapat menonjolkan dinamisme sistem politik Islam dalam pembangunan hukum dan kesejahteraan ummah.

Item Type: Other
Uncontrolled Keywords: Analisis Pengaruh Politik Islam Terhadap Pembaharuan Hukum Pada Zaman Khalifah Umar Ibn al-Khattab
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Depositing User: MR. ADNAN YAHYA
Date Deposited: 14 Nov 2011
Last Modified: 14 Nov 2011
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/15369

Actions (login required)

View Item View Item