Rahsia Pengimarahan Masjid Menurut al-Quran dan al- Sunnah

ADNAN, MOHAMAD AZRIEN BIN MOHAMED (2011) Rahsia Pengimarahan Masjid Menurut al-Quran dan al- Sunnah. Institut Agama Islam Negeri Ar-Raniri.

[img] PDF
Prosiding Pembangunan Masjid - Acheh.pdf

Download (2MB)

Abstract

Persoalan pertama yang melingkungi isu-isu masjid ialah kurangnya sambutan masyarakat terhadap aktiviti masjid terutamanya solat jamaah sehingga memberikan imej yang tidak baik kepada institusi masjid itu sendiri. Hal inilah yang menjadi kayu ukur bahawa masjid masa ini gagal atau lemah dari segi fungsinya yang asas itu. Sekiranya kita menerima pandangan yang mengatakan ia disebabkan faktor persekitaran dan masyarakat Islam itu sendiri, namun sejauhmana kita telah meneliti dan mengkaji asas-asas kekuatan yang ada dalam masjid itu sendiri pada zaman silam yang sangat berjaya dari segi sambutan ahli jamaahnya. Setakat mana pula kita telah meneliti kewujudan asas-asas itu dalam masjid masa kini. Sebenarnya apabila menyentuh tentang kejayaan masjid pada zaman kegemilangannya, sudah tentu al-Quran dan al-Sunnah sendiri telah menyediakan panduan atau gagasan tertentu yang dapat menjayakan misi masjid tersebut. Oleh itu, bertolak dari keyakinan tersebut, kertas ini akan menganalisis bagaimana al-Quran dan al-Sunnah telah menggarap garis panduan atau gagasan yang dapat menjayakan aktiviti atau proses imarah masjid dari pelbagai dimensi. Mudah-mudahan ianya dapat dijadikan sebagai resepi terbaik untuk melahirkan institusi masjid yang inovatif.

Item Type: Other
Uncontrolled Keywords: Rahsia Pengimarahan Masjid Menurut al-Quran dan al- Sunnah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Depositing User: MR. ADNAN YAHYA
Date Deposited: 14 Nov 2011
Last Modified: 14 Nov 2011
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/15370

Actions (login required)

View Item View Item