Modul Pendidikan Kanak-kanak dan Remaja Melalui Institusi Masjid

ADNAN, MOHAMAD AZRIEN BIN MOHAMED (2011) Modul Pendidikan Kanak-kanak dan Remaja Melalui Institusi Masjid. UNSPECIFIED.

[img] PDF
Prosiding Pendidikan Remaja - Acheh.pdf

Download (2MB)

Abstract

Golongan remaja dan kanak-kanak adalah aset masa depan negara yang sangat penting. Dalam era globalisasi ini, perkara yang amat membimbangkan ialah golongan remaja dan kanak-kanak telah menjadi mangsa globalisasi yang serius di mana golongan tersebut didapati terperangkap di dalam pelbagai gejala keruntuhan akhlak dan jenayah sehingga sampai ke peringkat jenayah bunuh seperti yang berlaku dalam kes buli di sekolah. Oleh yang demikian, institusi masjid dengan segala kekuatan yang ada sepatutnya mengambil peranan sepenuhnya untuk memberikan perlindungan dan penjagaan kepada generasi baru tersebut kerana mereka tidak mempunyai kekuatan dan daya tahan yang secukupnya untuk menghadapi cabaran globalisasi secara bersendirian. Oleh itu institusi masjid perlu memberikan tumpuan khusus kepada pendidikan kanak-kanak dan remaja secara sepenuh masa bagi menjamin generasi baru ini dapat menghidupkan penghayatan Islam dan mempertahankan kualiti hidup dengan baik. Bertolak dari situ, kertas ini akan mengemukakan pengalaman-pengalaman institusi masjid dalam aspek pendidikan kanak-kanak dan remaja melalui modul-modul kursus dan latihan yang berterusan dalam usaha membina kekuatan golongan tersebut. Dengan itu, ia dapat melahirkan institusi masjid yang inovatif.

Item Type: Other
Uncontrolled Keywords: Modul Pendidikan Kanak-kanak dan Remaja Melalui Institusi Masjid
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Depositing User: MR. ADNAN YAHYA
Date Deposited: 14 Nov 2011
Last Modified: 14 Nov 2011
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/15372

Actions (login required)

View Item View Item