Peranan pengetua dalam membangunkan pusat sumber sekolah : tumpuan kepada menengah Harian di Negeri Selangor

Alwi, Siti Hadijah (2002) Peranan pengetua dalam membangunkan pusat sumber sekolah : tumpuan kepada menengah Harian di Negeri Selangor. Masters thesis, University of Malaya.

[img] PDF
Peranan pengetua dalam membangunkan pusat sumber sekolah-2.pdf

Download (178kB)
[img] PDF
Peranan pengetua dalam membangunkan pusat sumber sekolah-1.pdf

Download (179kB)
Official URL: http://dspace.fsktm.um.edu.my/handle/1812/656

Abstract

Desertasi ini yang bertajuk Peranan Pengetzta Dalam Membangunkan Pusat Sum ber Sekolah (Tumpuan Kepada Sekolah Menengah Harian Di Negeri Selangor) lebih menitikberatkan dan mengenalpasti mengenai peranan atau fungsi seseorang pengetua khususnya di sekolah-sekolah menengah harian di Negeri Selangor yang mempunyai pertalian langsung dalam membangunkan pusat sumber sekolah (PSS). Di sampingmya, wujud satu pertalian langsung di antara kadar atau kekerapan tindakan pengetua dengan maju-mundurnya sesebuah PSS. Kajian ini yang telah dijalankan ke atas 15 buah sekolah yang melibatkan seramai 15 orang pengetua yang menjadi responden dan 15 buah PSS di sekolah tersebut dikaji melalui kaedah senarai semak bagi menyokong apa yang telah diperolehi melalui kaedah temuramah dan soal selidik. Ini melibatkan 15 buah sekolah menengah yang telah dipersetujui bersama oleh pihak Pusat Sumber Negeri (PSPN) Selangor yang terdapat di daerah Hulu Selangor, Kuala Selangor, Petaling, Sabak Bernam, Kiang, Hulu Langat, Kuala Langat dan Gombak. Hasil kajian secara keseluruhan, dapat mengenalpasti peranan atau fungsi seseorang pengetua dalam membangunkan PSS mengikut perubahan semasa. Begitu juga ia dapat menggambarkan setakat mana seseorang pengetua itu sedar akan pengetahuan, kebolehan dan kemampuan untuk bertanggungjawab dalam membangunkan PSS. Sehubungan itu, perkara-perkara yang mempengaruhi keupayaan pengetua adalah berkaitan dengan pengalaman, pengetahuan, sikap kesungguhan dan bijaksana dalam menentukan pembangunan PSS. Kajian menunjukkan peranan pengetua dalam membangunkan PSS adalah melibatkan perkara-perkara seperti membuat keputusan, memberi arahan, memimpin, menyelia, memantau, menyokong dan menjadi tempat merujuk. Bagi PSS yang cemerlang masih bergantung kepada penerusan tugas-tugas di atas. Melihat kepentingan kajian ini, ia mengkaji peranan pengetua dalam membangunkan PSS. Begitu juga diharapkan kajian ini dapat membantu Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya Bahagian Telcnologi Pendidikan (BTP) dalam mengkaji dan melihat pentingnya peranan pengetua dalam membangunkan PSS. Yang lebih bermakna ialah memberi kesedaran bahawa pengetua harus membangunkan PSS yang sebahagian besarnya akan memberi sumbangan kepada program dan aktiviti kurikulum dan akademik, seterusnya kepada prestasi sekolah.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z665 Library Science. Information Science
Divisions: Faculty of Engineering, Science and Mathematics > School of Electronics and Computer Science
Depositing User: MS SITI NUR ATIKAH MOHAMAD RUSDI
Date Deposited: 11 Jul 2013 01:00
Last Modified: 11 Jul 2013 01:00
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/166

Actions (login required)

View Item View Item