Kajian keberkesanan penggunaan Portal Perpustakaan UMLib di kalangan pelajar-pelajar Fakulti Sains, Universiti Malaya

Abas, Halimah (2007) Kajian keberkesanan penggunaan Portal Perpustakaan UMLib di kalangan pelajar-pelajar Fakulti Sains, Universiti Malaya. Masters thesis, University of Malaya.

[img] PDF
Keberkesanan Web Portal.pdf

Download (534kB)
[img] PDF
Bibliografi.pdf

Download (37kB)
Official URL: http://dspace.fsktm.um.edu.my/handle/1812/188

Abstract

Kajian yang dijalankan adalah untuk mengetahui Keberkesananan penggunaan Portal Perpustakaan Universiti Malaya (UMLib) di kalangan pelajar-pelajar Fakulti Sains, Universiti Malaya. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti sama ada UMLib bertindak sebagai pembekal maklumat dan alat rujukan dalam membantu pencarian maklumat dan mengenalpasti kemahiran pelajar-pelajar dalam menavigasi dan mengoptimumkan kemudahan yang terdapat pada portal UMLib, adakah kemudahan atau ciri-ciri yang terdapat pada portal UMLib memberi maklumat kepada pelajar dan masalah-masalah yang dihadapi semasa menggunakan kemudahan portal. Penyelidikan ini juga ingin melihat perbezaan yang signifikan antara kekerapan penggunaan portal dengan tahun pengajian. Kaedah pengumpulan maklumat yang digunakan ialah tinjauan dan instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik yang diedarkan kepada seramai 200 orang responden. Pelajar yang dipilih sebagai sampel terdiri daripada pelajar Fakulti Sains yang merentasi pelbagai tahun pengajian dan pengkhususan bidang. Pemulangan borang soal selidik tersebut adalah 100%. Data yang dikumpul dianalisa secara diskriptif. Hasil yang diperolehi daripada soal selidik menunjukkan portal UMLib bertindak sebagai pembekal maklumat seterusnya sumber rujukan dalam strategi pencarian maklumat dan majoriti yang menggunakannya adalah pelajar-pelajar Tahun Dua. Kemahiran yang digunakan oleh pelajar-pelajar adalah melalui teknik Basic Searching kerana ia mudah difahami dan memberi hasil carian yang lebih banyak. Antara kemudahan yang digunakan oleh pelajar-pelajar ialah perkhidmatan pengkalan data dalam talian, pendeta WebPac dan Jurnal elektronik kerana informasi yang dibekalkan berbentuk ilmiah. Antara masalahmasalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar semasa menggunakan portal UMLib ialah tidak semua maklumat rujukan adalah teks penuh dan mereka perlu ‘login’ semula untuk mencapai sumber tersebut. Selain itu, mereka tidak mengetahui teknik carian yang betul untuk mengoptimumkan perolehan dan ketepatan maklumat. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat perhubungan signifikan negatif antara portal UMLib sebagai sumber rujukan dengan tahun pengajian.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z665 Library Science. Information Science
Divisions: Faculty of Engineering, Science and Mathematics > School of Electronics and Computer Science
Depositing User: MS SITI NUR ATIKAH MOHAMAD RUSDI
Date Deposited: 12 Jul 2013 02:48
Last Modified: 12 Jul 2013 02:48
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/230

Actions (login required)

View Item View Item