Analisis Peranan al-Quran dan al-Sunnah Sebagai Sumber Pentadbiran dalam Kerajaan Kelantan dari Tahun 1990 Hingga Tahun 2010

A, Ahmad Najib, and R, Mohd Muhiden A. and M, Shukeri, and A.R, Shukeri, M, Ahmad Najib, A, Mohamad Azrien, M.A & Mohd Muhid (2012) Analisis Peranan al-Quran dan al-Sunnah Sebagai Sumber Pentadbiran dalam Kerajaan Kelantan dari Tahun 1990 Hingga Tahun 2010. Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah.

[img] PDF
WCIT - Analisis Peranan al-Quran (052).pdf

Download (331kB)

Abstract

Menurut sistem politik Islam, sumber rujukan tertinggi dalam negara ialah al-Quran dan al-Sunnah sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan Khulafa al-Rasyidin. Kedua-dua sumber tersebut menggariskan dasar pentadbiran yang menjadi teras kepada tercapainya konsep keadilan dan ketelusan pentadbiran negara. Di sinilah letaknya kekuatan sistem politik Islam yang tidak mengamalkan “double standard” antara pelbagai lapisan masyarakat. Perkara ini telah ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam konteks pelaksanaan undang-undang hudud. Namun begitu ia sangat berbeza dengan sistem pentadbiran moden yang merangka dasar mengikut kehendak semasa. Ia menyebabkan berlakunya pelbagai pertembungan kepentingan antara golongan pemerintah dengan sebahagian besar rakyat yang merasa tertindas dengan dasar yang dilaksanakan. Bertolak dari keyakinan tersebut, pentadbiran kerajaan Kelantan, di bawah kepimpinan Tok Guru Dato? Nik Abdul Aziz, telah menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber politik dan pentadbiran sejak tahun 1990 lagi. Pihak kerajaan telah mengisytiharkan dasar keislaman melalui slogan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM. Melalui kertas ini satu analisis akan dibuat untuk mengenalpasti sejauhmana peranan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber pentadbiran dalam menjamin kepentingan rakyat. Data-data dikumpulkan dari sumber rasmi kerajaan Negeri dan juga bahan-bahan berautoriti dalam perpustakaan. Kertas ini dikira dapat menambahkan koleksi yang berguna dalam bidang politik dan pentadbiran bagi meningkatkan lagi pencapaian kerajaan samada negeri atau pusat.

Item Type: Other
Uncontrolled Keywords: Sistem politik Islam, sumber pentadbiran, kerajaan Kelantan
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Depositing User: MR. ADNAN YAHYA
Date Deposited: 15 Sep 2012
Last Modified: 15 Sep 2012
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/23708

Actions (login required)

View Item View Item