Pendekatan Siasah Syariyyah dalam Pentadbiran Negara dan Kesannya kepada Kesejahteraan Masyarakat: Satu Kajian Kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Malaysia (1990-2011)

Azrien, Mohamad and Mohamad, Mohamad Azrien & Shukeri (2012) Pendekatan Siasah Syariyyah dalam Pentadbiran Negara dan Kesannya kepada Kesejahteraan Masyarakat: Satu Kajian Kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Malaysia (1990-2011). UIN Sunan Gunung Djati, Bandung, Indonesia.

[img] PDF
Prosiding Bandung - Pendekatan S.PDF

Download (3MB)

Abstract

-,Rata-rata penganalisis Siasah Syar`iyyah menegaskan bahawa penggunaan Siasah Syar`iyyah dalam pentadbiran negara dapat menjamin kepentingan masyarakat dan mengukuhkan kedudukan Islam itu sendiri. Ini kerana pendekatan Siasah Syar`iyyah menggunakan kaedah syarak dalam menguruskan kepimpinan Negara dan semua polisi kerajaan. Dengan itu ia mampu melahirkan pelbagai produk pentadbiran yang berjenama Islam dan mengutamakan kesejahteraan umat. Pendekatan seperti ini amat berbeza dengan cara pentadbiran sekular yang banyak menguntungkan golongan penguasa dan selalunya mudah menimbulkan konflik kepentingan antara pemimpin dengan rakyat sehingga berlakunya perpecahan, kebencian, penindasan, kezaliman, gejala rasuah, kemungkaran dan sebagainya. Bertolak dari peranan dan kepentingan Siasah Syar`iyyah di atas, kertas ini akan membicarakan bagaimana pendekatan Siasah Syar`iyyah telah dijalankan oleh Kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan Menteri Besarnya Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat dan sejauhmana kesannya kepada masyarakat. Diharapkan kertas ini dapat menambahkan koleksi pengurusan politik dan pentadbiran Islam, terutamanya di Alam Melayu.

Item Type: Other
Uncontrolled Keywords: Pendekatan Siasah Syariyyah dalam Pentadbiran Negara dan Kesannya kepada Kesejahteraan Masyarakat:
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Depositing User: MR. ADNAN YAHYA
Date Deposited: 13 Jan 2013
Last Modified: 13 Jan 2013
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/25816

Actions (login required)

View Item View Item