PENGENALPASTIAN AMARAN PALSU POSITIF MENGGUNAKAN PERLOMBONGAN DATA DAN PEPOHON KEPUTUSAN

Hasimi, Sallehudin (2008) PENGENALPASTIAN AMARAN PALSU POSITIF MENGGUNAKAN PERLOMBONGAN DATA DAN PEPOHON KEPUTUSAN. Masters thesis, University of Malaya.

[img] PDF
Hasimi Sallehudin.pdf

Download (854kB)

Abstract

Kepintaran strategi pencerobohan dan strategi pengesanannya untuk mengurangkan salah positif dan meningkatkan tahap pengesanan dalam segmen rangkaian sesebuah infrastruktur rangkaian adalah menjadi cabaran utama. Strategi terkini ialah memfokuskan kepada sama ada pengesanan pencerobohan atau tindak balas terhadap pencerobohan. Namun masih terdapat jurang di antara dua strategi ini. Dalam tesis ini, pendekatan yang difokuskan ialah kepada pengesanan pencerobohan yang melibatkan aktiviti analisis statistik secara berkesan terhadap trafik rangkaian yang mengandungi serangan dan biasa. Strategik dalam penyelidikan ini pula melibatkan analisis statistik hibrid yang menggabungkan teknik pengklasifikasian Perlombongan Data dan Pepohon Keputusan. Analisis Pepohon Keputusan membezakan dan mengklasifikasikan antara trafik biasa dan serangan terhadap data latihan bagi KDD Cup ‘99. Keputusan analisis statistik tersebut digunakan untuk mengurangkan kesalahan mengklasifikasikan salah positif untuk set data ujian KDD Cup ‘99. Strategik ini adalah untuk menambah nilai kebolehan Sistem Pengesanan Pencerobohan bagi mengesan dan sekali gus memberi tindak balas terhadap ancaman pada segmen kritikal rangkaian komputer, aplikasi dan infrastruktur pangkalan data.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z665 Library Science. Information Science
Depositing User: MS NOOR ZAKIRA ZULRIMI
Date Deposited: 12 Jul 2013 07:07
Last Modified: 12 Jul 2013 07:07
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/272

Actions (login required)

View Item View Item