PEMBINAAN PERISIAN PEMERIKSAAN DAN PEMANTAUAN KERJA-KERJA PENYENGGARAAN BANGUNAN

Ahmad, Mohd Al-Hafiz (2008) PEMBINAAN PERISIAN PEMERIKSAAN DAN PEMANTAUAN KERJA-KERJA PENYENGGARAAN BANGUNAN. Masters thesis, University of Malaya.

[img] PDF
BAHAGIAN - 1.pdf

Download (299kB)
[img] PDF
1 TAJUK UTAMA.pdf

Download (7kB)
[img] PDF
2 TAJUK DALAM.pdf

Download (8kB)
[img] PDF
BAHAGIAN - 2.pdf

Download (1MB)
[img] PDF
BAHAGIAN - 3.pdf

Download (4MB)

Abstract

Building Inspection and Monitoring System (BUILDIMS) dibangunkan dengan menggunakan teknologi web untuk membantu dalam urusan pemeriksaan dan pemantauan kerja-kerja penyenggaraan berintegrasi bagi menghasilkan penyenggaraan yang berkesan. Penyelidikan ini bertujuan untuk menghasilkan sistem yang mampu menyimpan maklumat pemeriksaan bangunan yang lengkap dan mudah diperolehi melalui pelaksanaan penyenggaraan yang terancang untuk mengurangkan aduan kerosakan oleh pengguna, meningkatkan prestasi bangunan dengan tindakan penyenggaraan pro-aktif yang dapat menjimatkan masa kerja, analisis, komunikasi serta kos. Penyelidikan ini juga dapat menentukan jenis-jenis maklumat yang diperlukan untuk membuat pemeriksaan bangunan, menganalisis keadaan bangunan serta membantu para penyenggara untuk membuat keputusan dengan cepat dan tepat. Metodologi penyelidikan ini menggunakan Model Kitaran Hayat Pembangunan Sistem (SDLC) yang membantu proses-proses pembangunan perisian. Malah penggunaan Model Prototaip dipilih sebagai pendekatan penyelidikan yang membantu membangunkan aplikasi BUILDIMS bertujuan untuk memberikan pendekatan baru yang efisien dalam penyenggaraan bangunan. Kepentingan penyelidikan ini mampu memberikan impak yang mendalam kepada praktis profesional yang menjalankan kerja-kerja pemeriksaan bangunan. Penyelidikan ini turut menyumbang kepada komuniti akademik untuk menerokai ilmu baru dalam menerapkan elemen teknologi maklumat dalam proses pemeriksaan bangunan. Sememangnya penggunaan perisian bagi tujuan pemeriksaan bangunan amat diharapkan dalam persekitaran persaingan global.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z665 Library Science. Information Science
Depositing User: MS NOOR ZAKIRA ZULRIMI
Date Deposited: 15 Jul 2013 07:14
Last Modified: 15 Jul 2013 07:14
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/380

Actions (login required)

View Item View Item