WARKAH-WARKAH MELAYU DI NUSANTARA: KAJIAN GENRE DAN ETNOLINGUISTIK

AB.KARIM, AB.RAZAK (2005) WARKAH-WARKAH MELAYU DI NUSANTARA: KAJIAN GENRE DAN ETNOLINGUISTIK. JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU.

Full text not available from this repository.

Abstract

Dalam makalah ini akan dibincangkan bagaimana warkah-warkah Melayu dikatakan sebagai sebuah genre yang tersendiri dan yang keduanya akan dibincangkan aspek-aspek etnolinguistik yang terdapat dalam warkah-warkah Melayu lama dengan menggunakan pendekatan genre dan juga pendekatan sosiolinguistik.&nbsp; Pendekatan genre yang digunakan dalam makalah ini adalah berdasarkan pendapat para sarjana bahawa genre sebagai teks, sebagai proses dan sebagai suatu peristiwa komunikatif.&nbsp; Pendekatan yang digunakan ini bertujaun untuk membuktikan bahawa warkah-warkah Melayu lama sama ada warkah sosial mahupun warkah perjanjian merupakan suatu genre yang tersendiri serta berlainan dengan genre yang lain.&nbsp; Pendapat para sarjana ini akan diterapkan sebagai suatu pendekatan.<br /> <br /> &nbsp;&nbsp;&nbsp; Dalam pendekatan sosiolinguistik pula, teori Dell Hymes (1974) yang menyatakan bahawa kajian peristiwa bahasa perlu berdasarkan persoalan siapa yang bercakap dengan siapa, tentang apa, mengapa dan bagaimana?&nbsp; Aspek-aspek sosiolinguistik&nbsp; dibincangkan dalam bahagian etnolinguistik untuk membuktikan bahawa pendekatan yang digunakan sesuai dengan bahan yang digunakan. Penerapan teori ini membuktikan bahawa peristiwa bahasa yang wujud dalam warkah-warkah Melayu sesuatu yang berlainan daripada peristiwa bahasa yang lain. <br />

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: genre, warkah, peristiwa bahasa
Subjects: L Education
Depositing User: MR. ADNAN YAHYA
Last Modified: 31 Dec 2009
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/44630

Actions (login required)

View Item View Item