Sejarah pusat sumber sekolah di semenanjung Malaysia 1800-1995

Abd. Rehman, Abd. Rehim (1998) Sejarah pusat sumber sekolah di semenanjung Malaysia 1800-1995. Masters thesis, University of Malaya.

[img] PDF
Sejarah pusat sumber sekolah di semenanjung Malaysia 1800-1995.pdf

Download (0B)
Official URL: http://dspace.fsktm.um.edu.my/handle/1812/642

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengkaji tentang sejarah perkembangan perpustakaan sekolah di Semenanjung Malaysia dari 1800-1990-an. Ini termasuldah zaman sebelum perang, selepas perang, zaman Inggeris, zaman sebelum merdeka dan selepas merdeka. Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk melihat apakah falctor-falctor seperti politik, ekonomi dan sosial telah mempengaruhi perkembangan perpustakaan sekolah. Kedua, apakah sumbangan perpustakaan sekolah dalam dunia pendidikan. Ketiga, apakah peranan yang dapat dimainkan oleh perpustakaan sekolah dalam membantu guru dan pelajar di dalam proses pembelajaran-pengajaran. Kajian ini juga meninjau tentang masalah-masalah perpustakaan sekolah dari segi peranan, konsep, pengurusan dan sebagainya. Dalam tatacara mengumpul maklumat dan data, dua kaedah utama digunakan iaitu dengan 'survey' dan temubual. Penyemakan di beberapa buah perpustakaan dijalankan bagi menambah data-data juga sebagai bahan rujukan utama. Temubual dengan responden digunakan sebagai kenyataan sokongan tentang perpustakaan sekolah. Untuk mendapat pandangan yang lebih jelas tentang keadaan perpustakaan sekolah, beberapa lawatan ke perpustakaan sekolah telah dilakukan di bandar dan luar bandar. Hasil kajian ini telah menunjukkan bahawa memang falctor politik, ekonomi dan sosial telah mempengaruhi perkembangan perpustakaan sekolah. Kedua, sikap penjajah Inggeris nyata jelas tidak mahu menyediakan kemudahan pendidikan dan bangunan perpustakaan sekolah. Ketiga, didapati keadaan perpustakaan sekolah di bandar lebih baik berbanding dengan di luar bandar terutama dari aspek pengurusan dan perkhidmatan. Keempat, perpustakaan sekolah memang penting sebagai bahan rujukan clan sokongan kepada guru dan pelajar dan akhir sekali peranan perpustakaan sekolah masih tidak begitu memuaskan kerma masih ramai masyarakat sekolah sendiri tidak memahami tujuan dan matlamat penubuhan perpustakaan sekolah.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z665 Library Science. Information Science
Divisions: Faculty of Engineering, Science and Mathematics > School of Electronics and Computer Science
Depositing User: MS SITI NUR ATIKAH MOHAMAD RUSDI
Date Deposited: 10 Jul 2013 00:37
Last Modified: 10 Jul 2013 00:37
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/47

Actions (login required)

View Item View Item