Penggunaan komputer di kalagan pelajar-pelejar sekolah menengah di negeri kelantan

Razali, Adlina Norliz (1998) Penggunaan komputer di kalagan pelajar-pelejar sekolah menengah di negeri kelantan. Masters thesis, University of Malaya.

[img] PDF
Penggunaan komputer di kalagan pelajar-pelejar sekolah menengah di negeri kelantan.pdf

Download (0B)
Official URL: http://dspace.fsktm.um.edu.my/handle/1812/641

Abstract

Kajian ini telah dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan komputer di kalangan pelajar Sekolah Menengah di Negeri Kelantan. Ia merangkumi persoalan jumlah sekolah yang mengadakan program pengajian komputer, falctor-faktor yang mendorong dan menghalang penggunaan komputer di kalangan pelajar, sejauhmana keperluan penggunaan komputer dalam pembelajaran dan persoalan kesedaran dari pihak-pihak tertentu tentang penggunaan komputer di kalangan pelajar. Kajian ini mendapati 70% daripada sekolah-sekolah kajian telah melaksanakan program pengajian komputer, manakala sebanyak 30% masih belum melaksanakannya. Jumlah ini melibatkan 10 buah sekolah dengan 200 orang pelajar sebagai sampel. Seterusnya penulis mendapati antara faktor yang mendorong minat pelajar terhadap penggunaan komputer di sekolah-sekolah kajian, meliputi faktor kewujudan kelab komputer di sekolah, penguasaan bahasa Inggeris yang balk, galakan ibu bapa dan guru- guru serta kemudahan komputer yang disediakan di rumah. Manakala penulis mendapati masalah-masalah seperti, penginapan pelajar semasa persekolahan, kelemahan penguasaan bahasa Inggeris dan yuran kelab komputer yang membebankan merupakan faktor utama yang menghalang minat di sekolah kajian dari mempelajari komputer. Selanjutnya penulis mendapati bahawa tahap keperluan penggunaan komputer di kalangan pelajar di sekolah-sekolah kajian berada pada tahap yang optima. Ini berdasarkan kepada keseluruhan responden yang menyatakan perlu komputer sebagai alat bantu dalam pembelajaran mereka. Berkenaan faktor galakan daripada ibu bapa dan guru-guru penulis mendapati bahawa peranan yang dimainkan oleh ibu bapa masih belum menyeluruh ke arah penggunaan komputer di kalangan pelajar. Ini kerana faktor-faktor sampingan seperti tahap pendidikan ibu bapa, kemampuan ibu bapa dan pengetahuan mereka terhadap komputer. Manakala galakan daripada guru-guru pula menunjukkan peratusan yang menyeluruh tetapi perkembangan yang baik ini masih perlu diterus dan ditingkatkan lagi.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z665 Library Science. Information Science
Divisions: Faculty of Engineering, Science and Mathematics > School of Electronics and Computer Science
Depositing User: MS SITI NUR ATIKAH MOHAMAD RUSDI
Date Deposited: 10 Jul 2013 00:37
Last Modified: 10 Jul 2013 00:37
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/49

Actions (login required)

View Item View Item