PENGGUNAAN CAP MOHOR DALAM WARKAH MELAYU LAMA: SATU TINJAUAN ASPEK PENGGUNAAN BAHASA

AB.KARIM, AB.RAZAK (1999) PENGGUNAAN CAP MOHOR DALAM WARKAH MELAYU LAMA: SATU TINJAUAN ASPEK PENGGUNAAN BAHASA.

Full text not available from this repository.

Abstract

Warkah-warkah Melayu lama merupakan manuskrip terawal yang&nbsp; dapat dikesan pada zaman silam yang mempunyai pelbagai&nbsp; kepentingan sama ada kepada pemerintah tempatan ataupun pihak&nbsp; penjajah.&nbsp; Warkah-warkah ini juga merupakan salah satu daripada&nbsp; bentuk komunikasi yang digunakan untuk mengeratkan hubungan antara kerajaan, tujuan perdagangan dan sebagainya. Dalam warkah-warkah&nbsp; Melayu lama, cap merupakan salah satu daripada unsur terpenting yang menggambarkan ketulenan sesepucuk warkah itu.&nbsp; Ini&nbsp; berlaku kerana cap yang dimiliki oleh seseorang pengirim itu sebenarnya melambangkan identiti dari pengirim dan penerima sedia&nbsp; maklum tentang warkah yang diterima berdasarkan cap yang tertera pada warkah tersebut. Dalam masyarakat tradisional tidak semua&nbsp; orang boleh memiliki cap secara sembarangan. Hanya golongan&nbsp; tertentu seperti para pembesar, sultan, atau orang-orang Barat sahaja&nbsp; yang memiliki cap yang tertera pada warkah tersebut. Dalam&nbsp; masyarakat tradisional tidak semua orang boleh memiliki cap secara&nbsp; sembarangan.&nbsp; Hanya golongan tertentu seperti para pembesar, sultan atau orang-orang Barat sahaja yang&nbsp; memiliki cap.<br /> &nbsp;&nbsp;&nbsp; Dalam makalah ini akan dibincangkan bagaimana cap-cap yang digunakan dalam warkah-warkah Melayu sebenarnya mempunyai serta menggambarkan identiti seseorang&nbsp; pengirim, sesebuah kerajaan ataupun pemerintah. Perkara ini kurang disedari kerana kebanyakan daripada kita hanya memberikan&nbsp; tumpuan pada aspek iluminasi, bentuk, struktur, dan isi warkah sahaja. Sebelum dibincangkan perkara ini baiknya disingkap sepintas lalu aspek-aspek yang berkaitan dengan cap agar mudah apabila perbincangan dibuat kelak

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: cap, warkah Melayu, identiti
Subjects: L Education
Depositing User: MR. ADNAN YAHYA
Last Modified: 31 Dec 2009
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/51103

Actions (login required)

View Item View Item