ALAT-ALAT MUZIK ETNIK MINORITI JARAI DAN BAHNAR DI VIETNAM

Mohd Yusoff, Mohd Yuszaidy (2002) ALAT-ALAT MUZIK ETNIK MINORITI JARAI DAN BAHNAR DI VIETNAM. Journal of Southeast Asian Studies , 7 (1).

[img] PDF
6. 099-116 Mohd Yuszaidy.. Alat-Alat Muzik Etnik Jarai Dan Bahnar.. Jati 7.pdf

Download (3MB)

Abstract

Etnik minoriti Jarai dan Bahnar adalah di antara etnik minoriti yang mendiami tanah tinggi tengah Vietnam. Etnik minoriti ini turut dikenali sebagai Montagnards. Montagnards bermaksud masyarakat yang mendiami kawasan tanah tinggi atau penduduk bukit. Istilah ini diberikan oleh pengkaji-pengkaji dari Perancis kepada etnik minoriti tersebut. Manakala, masyarakat tempatan Vietnam pula menyebut etnik minoriti tersebut adalah seperti “moi”. Perkataan “moi” bermaksud masyarakat liar atau biadab. Namun begitu etnik minoriti Jarai dan Bahnar adalah penduduk asli Vietnam. Perbincangan yang diutarakan dalam artikel ini terlebih dahulu akan menjelaskan tentang latar belakang etnik minoriti tanah tinggi tengah Vietnam. Latar belakang etnik kemudiannya membincangkan secara husus tentang etnik minoriti Jarai dan Bahnar. Seterusnya penulisan ini akan menghuraikan secara terperinci tentang alat-alat muzik yang terdapat dalam etnik minoriti Jarai dan Bahnar. Penghuraian selanjutnya akan menyentuh berkenaan fungsi alat-alat muzik yang digunakan oleh etnik minoriti Jarai dan Bahnar dengan melihat kaitannya dengan kehidupan kedua-dua masyarakat tersebut.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: ALAT MUZIK, ETNIK JARAI, ETNIK BAHNAR, VIETNAM
Subjects: D History General and Old World > D History (General) > D204 Modern History
Depositing User: MS NOR SUZIEYANA ABDUL MAJID
Date Deposited: 23 Jul 2013 08:16
Last Modified: 23 Jul 2013 08:16
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/527

Actions (login required)

View Item View Item