PENGLIBATAN BURUH PERIKANAN ASIA TENGGARA DALAM PERUSAHAAN PERIKANAN DI MALAYSIA: KAJIAN KES BURUH PERIKANAN THAI DI KUALA PERLIS

Mohd Ariff, Mohammad Raduan and Lai, Yeap Hock (2003) PENGLIBATAN BURUH PERIKANAN ASIA TENGGARA DALAM PERUSAHAAN PERIKANAN DI MALAYSIA: KAJIAN KES BURUH PERIKANAN THAI DI KUALA PERLIS. Journal of Southeast Asian Studies , 8 (1).

[img] PDF
7. 127-137 Mohammad Raduan.. Penglibatan Buruh Perikanan Asia Tenggara.. Jati 8.pdf

Download (2MB)

Abstract

Sektor perikanan di Malaysia masa kini sedang mengalami satu fenomena yang amat membimbangkan. Berdasarkan kepada Perangkaan Tahunan Jabatan Perikanan, pada tahun 2001 negara Malaysia terpaksa meluluskan seramai 18,152 orang buruh perikanan asing untuk bekerja di sektor perikanan negara ini. Ini disebabkan negara Malaysia pada masa kini sedang berhadapan dengan pola di mana tenaga muda tempatan tidak berminat untuk melibatkan diri dalam sektor perikanan. Tenaga muda berpersepsi, bekerja dalam sektor perikanan tidak menjamin masa depan dengan alasan pendapatan yang diterima tidak tetap; tahap pendidikan yang meningkat membolehkan tenaga muda menceburi bidang pekerjaan yang lebih selesa, berpendapatan lumayan dan berkedudukan di sektor ekonomi yang lain; proses modenisasi dan urbanisasi menggalakkan tenaga muda berhijrah ke bandar-bandar besar, termasuk ke Singapura dan banyak lagi sebab-sebab yang tidak mendorong mereka bekerja dalam sektor perikanan. Pada masa yang sama golongan yang telah berumur pula sedikit demi sedikit meninggalkan sektor ini akibat ketuaan mereka. Pada masa kini fenomena sukar untuk mendapatkan buruh perikanan tempatan telah menjadi salah satu isu yang serius dan telah menimbulkan kebimbangankepada banyak pihak, seperti Kementerian Pertanian Malaysia danjuga pengusaha-pengusaha tempatan. Keadaan bertambah serius lagi apabila perairan negara telah bertambah keluasannya setelah pengisytiharan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) pada tahun 1980. Dengan pengisytiharan tersebut perairan negara telah bertambah dari 47,000 batu notika kepada 162,000 batu notika persegi. Mengikut perjanjian UNCLOS, sekiranya negara Malaysia tidak berkeupayaan menerokai sumber-sumber perikanan di perairan tersebut, ia perlu memberi ruang dan peluang kepada negara-negara jiran menerokainya. Ini sudah pasti akan merugikan negara.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: BURUH PERIKANAN ASIA TENGGARA, PERIKANAN DI MALAYSIA, BURUH PERIKANAN THAI
Subjects: D History General and Old World > D History (General) > D204 Modern History
Depositing User: MS NOR SUZIEYANA ABDUL MAJID
Date Deposited: 19 Jul 2013 07:36
Last Modified: 19 Jul 2013 07:36
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/570

Actions (login required)

View Item View Item