Budaya Masyarakat Melayu di Melaka: Satu Gambaran Daripada Surat-surat Raffles (1810-1824)

Ab.Karim, Ab.Razak (2006) Budaya Masyarakat Melayu di Melaka: Satu Gambaran Daripada Surat-surat Raffles (1810-1824). Jurnal Filologi Melayu,, 14 (2006). pp. 71-86.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kesopanan masyarakat Melayu Melaka memang terkenal dalam masyarakat Melayu walaupun sesetengah orang berpandangan sebaliknya. Untuk membuktikan bahawa kesopanan ini wujud, surat-surat Raffles yang ditulis oleh jurutulisnya akan dapat membuktikannya.&nbsp; Hal ini kerana sopan atau tidak sesebuah masyarakat itu berkomunikasi atau menggunakan bahasa akan menggambarkan tingkah laku masyarakat dan penggunaan bahasa itu sendiri.&nbsp; Makalah ini akan membincangkan aspek-aspek budaya kesopanan yang yang tergambar dalam masyarakat Melayu, khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu di Melaka.&nbsp; Kajian yang dibuat adalah berlandaskan pada warkah-warkah Melayu lama yang ditulis oleh jurutulis Raffles. Surat-surat ini kemudiannya dihantar kepada para pembesar dan juga raja atau sultan yang bertebaran di rantau Asia Tenggara ini. <br /> Kesopanan berbahasa antara lain bertujuan agar seseorang itu mengetahui apa-apa yang harus diperkatakan kepada orang lain pada waktu dan dalam keadaan tertentu.&nbsp; Di samping itu, seseorang itu perlu mengetahui ragam bahasa yang paling sesuai/wajar untuk digunakan.&nbsp; Keadaan ini bergantung pada situasi dan juga budaya masyarakat.&nbsp; Kesopanan berbahasa juga bertujuan untuk menentukan cara mengambil giliran berbicara dan menyela perbicaraan&nbsp; orang lain dan bila masanya seseorang itu perlu diam.&nbsp; Di samping itu, kesopanan berbahasa juga menentukan cara-cara seseorang itu mengawal suara serta tubuh badan dalam sesuatu perbicaraan.&nbsp; Dalam hal ini jelas bahawa kesopanan berbahasa merangkumi tingkah laku penutur dan bahasa yang diguanakn oleh seseorang penutur itu.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: KESOPANAN. MASYARAKAT MELAYU, SURAT
Subjects: L Education
Depositing User: MR. ADNAN YAHYA
Date Deposited: 30 Apr 2008
Last Modified: 31 Dec 2009
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/58663

Actions (login required)

View Item View Item