Naskhah-naskhah Pulau Buton: Antara Realiti dan Harapan

Ab.Karim, Ab.Razak bin (2009) Naskhah-naskhah Pulau Buton: Antara Realiti dan Harapan. JURNAL FILOLOGI MELAYU, 16. pp. 1-25.

Full text not available from this repository.

Abstract

Makalah ini membincangkan naskhah-naskhah di Pulau Buton dari aspek masalah yang dihadapi oleh pemilik-pemilik naskhah dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan naskhah ini. Umum mengetahui bahawa apabila disebut sahaja naskhah Pulau Buton akan tergambar dalam fikiran kita tentang Koleksi Muluku Zahari yang telah dikatalogkan oleh Achadiati Ikhram dan rakan-rakan beliau pada tahun 2001 dan dalam katalog ini tersenarai 320 buah naskhah. Namun, kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa di kawasan ini masih terdapat banyak lagi naskhah yang belum dikatalogkan kerana pemiliknya bersifat pemalu untuk dijalankan pendokumentasian naskhah mereka. <br /> Penelitian beberapa kali di pulau ini menunjukkan bahawa banyak sekali naskhah luar yang terdapat di sini, misalnya naskhah Kitab fawaidul Bahiyyah yang tercatat dalam naskhah tersebut bahawa kita tersebut telah diterjemahkan oleh anak murid Tok Awang Kenali dari Kelantan. Naskhah &ndash;naskhah Melayu yang terdapat di sini terdiri daripada naskhah kitab fekah, tasawuf, salasilah, ilmu ramalan, surat-surat raja dan khutbah. Yang uniknya ialah khutbah yang berusia ratusan tahun masih cantik dan digulung dengan baik dan berukuran tiga meter. Malangnya banyak naskhah di sini mengalami kemusnahan akibat tidak terjaga.&nbsp;

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Buton, naskhah, pemuliharaan
Subjects: L Education
Depositing User: MR. ADNAN YAHYA
Date Deposited: 06 May 2010
Last Modified: 17 Apr 2012
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/6612

Actions (login required)

View Item View Item