KITAB TIB : JENIS PENYAKIT DAN BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK PERUBATAN

KARIM, AB RAZAK BIN AB (2001) KITAB TIB : JENIS PENYAKIT DAN BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK PERUBATAN.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kitab tib merupakan salah satu daripada naskhah Melayu yang terawal yang memperkatakan pelbagai jenis penyakit yang dialami oleh anggota masyarakat zaman lampau. Ia merupakan sala satu warisan budaya masyarakat kita yang hingga kini tiada tolak tandingnya walaupun kewujudan perubatan moden masih tidak dapat menandingi kehebatan perubatan tradisional masyarakat kita.<br /> &nbsp;&nbsp;&nbsp; Dalam makalah ini akan dibincangkan salah sebuah kitab perubatan yang hanya terdapat di Kalimantan. Ia merupakan naskhah kitab tib Puntianak yang berasal dari Kampung Tembelan, Puntianak dan dimiliki oleh Al-haji Ismail bin Al-Haji Mustafa. Naskhah ini telah ditulis pada bulan Zulkaedah iaitu tahun 1325 Hijrah yang bersamaan dengan bulan Disember 1907. Dalam koleksi Perpustakaan Negara Malaysia naskhah ini diberi nombor MSS 2219 dengan ketebalan 40 halaman dan berukuran 24.2 X 17.5 cm.<br /> &nbsp;&nbsp;&nbsp; Perbincangan akan difokuskan pada penyakit-penyakit kaum lelaki dan juga kaum wanita yang dibincangkan dalam naskhah ini serta sub-sub penyakit yang berkaitan. Dalam kitab ini penulisnya menyenaraikan 32 jenis penyakit berdasarkan jantina dan setiap penyakit yang dinyatakan itu mempunyai pecahan masing-masing berdasarkan anggota yang mengalami kesakitan, sama secara fizikal mahupun rohaniah. Setiap jenis penyakit yang diperkatakan oleh penulis akan dibuat penjenisan tertentu walaupun masih lagi dalam kumpulan yang sama. Bagaimanapun, setiap satu penyakit itu mempunyai ciri-ciri dan tanda-tanda yang berlainan antara satu sama lain walaupun dalam kategori yang sama.<br /> &nbsp;&nbsp;&nbsp; Perbincangan seterusnya ialah kaedah rawatan yang digunakan oleh penulis kitab ini dalam rawatan penyakit-penyakit bagi golongan lelaki mahupun perempuan. Secara umum, kaedah rawatan antara satu penyakit dengan penyakit yang lain berbeza-beza. Perbezaan yang ketara ialah dari segi penyediaan&nbsp; bahan dan juga kaedah rawatan yang digunakan. Dalam kitab ini penyediaan bahan yang digunakan oleh penulis boleh dibahagikan kepada proses seperti ditumbuk, dipipis, digiling, diasah, direndang, diramas, dicampur, disurat, diembun, dibakar dan dimasak.<br />

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: PERUBATAN TRADISIONAL. KITAB TIB
Subjects: L Education
Depositing User: MR. ADNAN YAHYA
Last Modified: 31 Dec 2009
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/66339

Actions (login required)

View Item View Item