Unsur Budaya Dalam Koleksi Terjemahan Cerita Jenaka Bahasa Melayu – Bahasa Jerman Satu Analisis

Syed Ibrahim, Khairunisah (2008) Unsur Budaya Dalam Koleksi Terjemahan Cerita Jenaka Bahasa Melayu – Bahasa Jerman Satu Analisis. Masters thesis, University of Malaya.

[img] PDF
Khairunisah Syed Ibrahim_Thesis.pdf

Download (1MB)

Abstract

Penghasilan teks terjemahan berkualiti yang mampu mewujudkan kesan seperti teks sumber adalah isu yang sangat penting di dalam bidang penterjemahan. Atas kesedaran ini, kajian terhadap terjemahan sastera rakyat Melayu dari genre cerita jenaka ke dalam bahasa Jerman dilakukan. Bahasa Melayu dan bahasa Jerman yang merupakan dua bahasa berbeza dari rumpun keluarga bahasa yang berlainan telah menyumbang kepada perbezaan budaya akibat dari pandangan dunia yang berlainan. Justeru itu, fokus kajian ini adalah terhadap teknik pengalihan budaya yang digunakan dalam menghasilkan teks-teks terjemahan ini. Penyelidikan ini adalah berdasarkan kepada penelitian terhadap cerita rakyat Melayu iaitu Lebai Malang dan Pak Belalang yang diterjemahkan sebagai DerUnglücks-Geistliche dan Vater Heuschreck. Penelitian dan perbincangan menggupas peratus kejayaan pendekatan pengalihan budaya yang digunakan oleh penterjemah. Ia juga akan menggariskan panduan yang boleh dipertimbangkan ketika melakukan penterjemahan yang melibatkan dua bahasa yang berbeza bagi menghasilkan teks terjemahan yang baik. Producing translated texts of quality which can successfully deliver the message as intended by the source text is crucial in the field of translation. With this in mind, a research on Malay folk tales translated into German from the genre of satire was carried out. German and Malay being two different languages from different language families contribute towards cultural differences due to differing world views. Thus, the focus of this research is on the cultural translation method used in translating these texts. This study is based on a comparison of the Malay satire Lebai Malang and Pak Belalang which are translated as DerUnglücks-Geistliche and Vater Heuschreck. The observations and discussions will focus on the percentage of success in the cultural translation method used by the translator. It will also provide a guide that can be considered by translators when translating two different languages in order to produce a good translation.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Malay folk tales, Malay-German Translation
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Depositing User: MS NOOR ZAKIRA ZULRIMI
Date Deposited: 19 Jul 2013 04:07
Last Modified: 19 Jul 2013 04:07
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/666

Actions (login required)

View Item View Item