Manuskrip Surat Kebenaran Berniaga oleh Raja Aceh kepada Kapitan Inggeris 1601: Satu Analisis Linguistik

Ab.Karim, Abdul Razak (1994) Manuskrip Surat Kebenaran Berniaga oleh Raja Aceh kepada Kapitan Inggeris 1601: Satu Analisis Linguistik. JURNAL FILOLOGI MELAYU, 3. pp. 49-67.

Full text not available from this repository.

Abstract

Makalah ini membincangkan manuskrip tulisan tangan yang terlekat pada sehelai kertas serta mengandungi empat muka surat. Muka surat pertama ditulis dalam bahasa Arab dan ditujukan kepada Raja Aceh kepada Ratu Elizabeth. Muka surat kedua, ketiga dan keempat ditulis dengan tulisan Jawi dan dalam bahasa melayu. Surat ini telah dikurniakan oleh Raja Aceh kepada Sir James Lancaster yang mengetuai kapal perdagangan yang belayar di Aceh dan gugusan pulau-pulau Melayu di bawah pembiayaan Syarikat Hindia Timor.&nbsp; James dijangka telah singgah di Aceh pada tahun 1602.<br /> Fokus analisis yang dibuat adalah tentang sistem pengejaan kata dan penggunaan imbuhan yang terdapat dalam surat ini kerana terdapat banyak kata yang mempunyai pengejaan yang unik serta berlainan. Salah satu ciri utamanya ialah penggunaan tanda baris pada sesetengah kata, terutama kata-kata yang sukar disebut dalam bahasa Melayu di samping kata-kata daerah atau kata-kata daripada bahasa asing. Aspek imbuhan yang ditekankan ialah penggunaan kata nama dan kata kerja yang berlainan daripada ejaan zaman tersebut

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: surat Aceh, surat lama, surat izin dagang
Subjects: L Education
Depositing User: MR. ADNAN YAHYA
Date Deposited: 16 Mar 2010
Last Modified: 16 Mar 2010
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/68143

Actions (login required)

View Item View Item