Kajian persepsi, kesedaran dan kepuasan orang ramai terhadap program hari khas jpa bersama pelanggan anjuran jabatan perkhidmatan awam Malaysia

Arshad, Aslina (2008) Kajian persepsi, kesedaran dan kepuasan orang ramai terhadap program hari khas jpa bersama pelanggan anjuran jabatan perkhidmatan awam Malaysia. Masters thesis, University of Malaya.

[img] PDF
A-Tittle Page.pdf

Download (12kB)
[img] PDF
B-Kebenaran Merujuk.pdf

Download (12kB)
[img] PDF
C-Abstrak.pdf

Download (12kB)
[img] PDF
E-Penghargaan.pdf

Download (14kB)
[img] PDF
F-Isi Kandungan.pdf

Download (19kB)
[img] PDF
G-Senarai Lampiran Rajah Dan Jadual.pdf

Download (19kB)
[img] PDF
Thesis Aslina binti Arshad.pdf

Download (285kB)

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan mengetahui persepsi, kesedaran dan kepuasan orang ramai bagi mengukur keberkesanan Program Hari Khas JPA Bersama Pelanggan anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) yang diadakan pada setiap bulan bagi menyediakan khidmat nasihat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang awam berkaitan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh JPA. Ia juga menguji aspek persepsi, kesedaran dan kepuasan orang ramai bagi mengukur keberkesanan dan objektif program yang dijalankan oleh JPA tercapai dan berjaya. Kajian ini telah dilaksanakan di Jabatan Perkhidmatan Awam, Blok E2, Parcel C Putrajaya pada Program Hari Khas JPA Bersama Pelanggan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada 100 responden ketika program diadakan. Hasil daripada kajian yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya tahap keberkesanan Program Hari Khas JPA Bersama Pelanggan ini berada pada tahap yang tinggi yang mana disokong oleh dapatan kajian yang mendapati bahawa tahap persepsi, kesedaran dan kepuasan pelanggan berada pada tahap sederhana. Merujuk kepada faktor demografi pula didapati majoriti pelanggan yang menghadiri program ini ialah kakitangan yang sedang berkhidmat, pelanggan perempuan yang telah berkahwin, dan berkelulusan SPM/STPM. Selain daripada itu, pelanggan program dimonopoli oleh penjawat sektor awam kumpulan sokongan yang telah berkhidmat selama 21 hingga 35 tahun dan berbangsa Melayu. Program Hari Khas JPA Bersama Pelanggan boleh dikatakan telah berjaya mencapai objektif kumpulan sasaran. Antara cadangan-cadangan yang boleh diketengahkan oleh pihak pengurusan JPA bagi menambahbaik program ini ialah dengan menjalankan penyelidikan, pendidikan, publisiti atau promosi dan pelaksanaan yang lebih teratur dan lebih mendalam bagi menambahbaik perkhidmatan sediaada agar dapat mencapai hasrat kerajaan agar sektor awam mencapai status cemerlang, gemilang dan terbilang.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), Kajian persepsi
Subjects: A General Works > AS Academies and learned societies (General)
Depositing User: MS NOOR ZAKIRA ZULRIMI
Date Deposited: 19 Jul 2013 07:36
Last Modified: 19 Jul 2013 07:36
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/695

Actions (login required)

View Item View Item