SUMBANGAN PETEMPATAN KAMPUNG AIR TERHADAP PERTUMBUHAN EKONOMI BANDAR: KAJIAN KES DAERAH LIMBANG, SARAWAK

Bakeri, Amaluddin and Mohd Ariff, Mohammad Raduan (2003) SUMBANGAN PETEMPATAN KAMPUNG AIR TERHADAP PERTUMBUHAN EKONOMI BANDAR: KAJIAN KES DAERAH LIMBANG, SARAWAK. Journal of Southeast Asian Studies, 8 (1).

[img] PDF
3. 041-065 Amaluddin.. Mohammad Raduan.. Sumbangan Petempatan Kampung Air.. Jati 8.pdf

Download (5MB)

Abstract

Petempatan kampung air di daerah Limbang, Sarawak telah wujud sejak daerah itu berada di bawah kekuasaan Kesultanan Brunei pada abad ke-17. Kesultanan Brunei pada abad tersebut berpusat di Kampong Ayer. Kampong Ayer merupakan pusat pentadbiran dan pelabuhan penting yang menemukan pedagang-pedagang dari pelbagai negara termasuklah India, China, Timur Tengah dan Eropah. Kampong Ayer juga merupakan kawasan petempatan komuniti maritim Melayu yang terbesar di kesultanan tersebut. Sebelum daerah Lirnbang dirampas keluarga Brooke pada penghujung abad ke-19, ia ditadbir sepenuhnya oleh Kesultanan Brunei. Daerah Limbang mempunyai tanah lembah yang sangat subur untuk diusahakan sebagai kawasan pertanian khususnya tanaman padi sawah dan sagu. Dengan demikian daerah ini menjadi pembekal penting padi sawah dan sagu kepada Kesultanan Brunei secara langsung menjadi sumber pendapatan bagi pegawai-pegawai yang mentadbir daerah Limbang. Penduduk kampung air daerah Limbang juga menjalankan aktiviti perikanan terutamanya di sepanjang Sungai Limbang hingga ke pesisiran pantai Teluk Brunei. Selain untuk kegunaan sendiri, hasil tangkapan yang berlebihan diproses menjadi ikan kering, ‘tahai’, udang salai dan udang kering. Sebahagian daripada hasil perikanan yang diproses turut didagangkan ke Kampong Ayer. Penduduk kampung air juga mahir dalam membuat perahu, kerja-kerja pertukangan besi, ukiran kayu, bertenun kain dan kraftangan. Produk-produk yang dihasilkan ini sebahagiannya dijual kepada penduduk Kampong Ayer. Ini menunjukkan daerah Limbang turut menjadi pembekal penting hasil perikanan dan barangan pembuatan kepada Kesultanan Brunei.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: PETEMPATAN KAMPUNG AIR, DAERAH LIMBANG
Subjects: D History General and Old World > D History (General) > D204 Modern History
Depositing User: MS NOR SUZIEYANA ABDUL MAJID
Date Deposited: 19 Jul 2013 07:34
Last Modified: 19 Jul 2013 07:34
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/698

Actions (login required)

View Item View Item