BOBOHIZAN DAN PERANANNYA DI KALANGAN MASYARAKAT KADAZAN DAERAH PENAMPANG, SABAH

Hussin, Hanafi (2003) BOBOHIZAN DAN PERANANNYA DI KALANGAN MASYARAKAT KADAZAN DAERAH PENAMPANG, SABAH. Journal of Southeast Asian Studies, 8 (1).

[img] PDF
2. 015-048 Hanafi.. Bobohizan dan Pernanannya di Kalangan.. Jati 8.pdf

Download (5MB)

Abstract

Artikel ini akan membincangkan tentang Bobohizan dan peranannya yang satu ketika dahulu penting dalam kehidupan seharian masyarakat Kadazan di daerah Penampang, Sabah. Masa kini peranan mereka sedang mengalami proses pelupusan dan hanya menjadi sebagai ikonografi warisan budaya masyarakat mereka. Bobohizan merupakan pengantara atau spirit medium juga dipanggil sebagai shaman yang satu ketika dahulu sangat dihormati dan disanjung. Penghormatan yang diberi kerana mereka berperanan utama sebagai penghubung di antara manusia dengan alam ghaib ataupun supernatural sama ada untuk menyejukkan dan memulihkan keadaan kepada normal apabila berlakunya ketidakseimbangan di antara dua alam ini. Masyarakat Kadazan menetap di daerah Penampang yang mempunyai lebih kurang 147,500 orang penduduk dan terletak kira-kira 10 kilometer daripada bandar Kota Kinabalu iaitu ibu negeri Sabah. Kini daerah ini sedang dalam arus pembangunan yang pesat. Kebanyakan daripada masyarakat Kadazan Penampang telah pun memeluk agama Kristian dan terdapat sebilangan kecil yang memeluk agama Islam. Masyarakat Kadazan merupakan salah satu daripada kumpulan sub- etnik Kadazandusun yang terbesar di negeri Sabah yang merangkumi 14 buah bahasa dan tidak termasuk dialek. Kebanyakan daripada mereka menetap di dataran pendalaman di Pantai Barat dan di Pesisiran Pantai Utara Sabah. Secara tradisi masyarakat ini mengamalkan penanaman padi sawah dan bukit yang juga menjadi asas kepada pembentukan sosiobudaya mereka. Suatu ketika dahulu masyarakat ini mengamalkan sistem kepercayaan agama yang kompleks khususnya kepercayaan animisme dan merupakan kelompok masyarakat yang mempraktikkan sistem “egalitarian” iaitu berpegang kepada konsep kesamarataan dalam kehidupan bermasyarakat dan mengelakkan daripada mengamalkan sistem masyarakat yang berstruktur atau yang mempunyai strata sosial.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: BOBOHIZAN, SABAH, KADAZAN, PENAMPANG
Subjects: D History General and Old World > D History (General) > D204 Modern History
Depositing User: MS NOR SUZIEYANA ABDUL MAJID
Date Deposited: 19 Jul 2013 07:34
Last Modified: 19 Jul 2013 07:34
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/700

Actions (login required)

View Item View Item