MASALAH SOSIAL DI BANDAR SEMENANJUNG MALAYSIA: TINJAUAN DARIPADA PERSPEKTIF MASYARAKAT MALAYSIA

Abd.Wahab, Haris (2004) MASALAH SOSIAL DI BANDAR SEMENANJUNG MALAYSIA: TINJAUAN DARIPADA PERSPEKTIF MASYARAKAT MALAYSIA. Journal of Southeast Asian Studies, 9 (1).

[img] PDF
5. 055-074 Haris.. Masalah Sosial Di Bandar Semenanjung Malaysia.. Jati 9.pdf

Download (3MB)

Abstract

Masalah sosial merupakan satu fenomena yang tidak dapat dielakkan daripada berlaku dalam masyarakat hari ini. Setiap hari kita dapat melihat di kaca televisyen dan suratkhabar pendedahan mengenai pelbagai kegiatan jenayah yang berlaku dalam masyarakat. Masalah jenayah dan salah laku yang berlaku dalam masyarakat menarik perhatian awam dan menjadi bahan perbahasan politik semasa. Orang awam berada dalam keadaan khuatir dan gelisah terhadap bahaya dan kesan salah laku sosial dalam masyarakat serba moden yang mengutamakan individualisme dan materialisme dalam kehidupan mereka. Masalah sosial mempunyai pengertian yang luas, ia bukan hanya mencakup permasalahan kemasyarakatan tetapi juga yang mencakupi permasalahan dalam masyarakat yang berkaitan dengan gejala-gejala abnormal dalam kehidupan masyarakat. Masalah adalah sesuatu yang memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran atau kesulitan. Sosial pula adalah segala yang berkaitan dengan masyarakat. Oleh itu, masalah sosial boleh diklasiיִkasikan sebagai sesuatu yang memerlukan penyelesaian bagi keadaan yang menimbulkan kesulitan kepada sesebuah masyarakat.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: MASALAH SOSIAL, SEMENANJUNG MALAYSIA, PERSPEKTIF MASYARAKAT MALAYSIA,
Subjects: D History General and Old World > D History (General) > D204 Modern History
Depositing User: MS NOR SUZIEYANA ABDUL MAJID
Date Deposited: 19 Jul 2013 07:31
Last Modified: 19 Jul 2013 07:31
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/714

Actions (login required)

View Item View Item