PERIUK API DALAM PERTAHANAN LAUT SINGAPURA (SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA)

Md.Shah, Siti Khajar (1995) PERIUK API DALAM PERTAHANAN LAUT SINGAPURA (SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA). Journal of Southeast Asian Studies, 1 (1).

[img] PDF
038-055 - SITI KHAJAR - PERIUK API DALAM PERTAHANAN LAUT SINGAPURA - JATI 1,1995.PDF

Download (1MB)

Abstract

Periuk api ialah sejenis senjata yang berkesan dalam sistem pertahanan sesebuah negara. Ia terdiri daripada periuk api darat dan periuk api yang diletakkan di dalam air. Sistem pertahanan periuk api bertujuan untuk melumpuhkan kemaraan tentera dan memperkukuhkan keselamatan perairan dan pelabuhan. Senjata periuk api adalah satu bentuk sistem pertahanan yang penting di Singapura. Ia bertujuan untuk melindungi kepentingan dan perdagangan Imperial. lni kerana kedudukannya terletak di tengah-tengah jalan perdagangan Timur dan Barat dan menjadi satu kelebihan yang tidak ternilai kepada kuasa tersebut. Pelabuhan Singapura mengendalikan aktiviti perdagangan dan perkapalan yang menjadi nadi kepada kemajuan Singapura dari aspek kewangan, komunikasi, pembangunan infrastruktur dan sosial. Kepentingan Singapura sebagai depot arang batu, telah menjadikannya anak kunci kepada segala kejayaan tersebut. Secara tidak langsung juga, ia telah mendorong sifat berhati-hati Inggeris di Timur. Pemasangan periuk api di Singapura bermula pada akhir tahun 1880. Persediaan ini bukanlah bertujuan untuk menjadikan Singapura sebagai satu kuasa laut di Kepulauan Melayu. Ia lebih merupakan satu langkah berjaga-jaga terhadap kehadiran musuh. Sekiranya berlaku peperangan, depotdepot arang batu sudah pasti menjadi sasaran dan pencerobohan pihak musuh. Atas sikap prejudis ini, maka sistem pertahanan periuk api telah diaplikasikan di Pelabuhan Singapura.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: PERIUK API, PERTAHANAN LAUT SINGAPURA, PERANG DUNIA KEDUA
Subjects: D History General and Old World > D History (General) > D204 Modern History
Depositing User: MS NOR SUZIEYANA ABDUL MAJID
Date Deposited: 19 Jul 2013 07:56
Last Modified: 19 Jul 2013 07:56
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/782

Actions (login required)

View Item View Item