Sikap Liberal Dalam Memahami Fiqh Mazhab Syafi'i: Realiti dan Fenomena di Malaysia

Ahmad, Ridzwan (2007) Sikap Liberal Dalam Memahami Fiqh Mazhab Syafi'i: Realiti dan Fenomena di Malaysia. Jurnal Fiqh, 4.

[img] PDF
liberal_dalam_memahami_fiqh_syafii.pdf

Download (364kB)

Abstract

Sikap tidak fanatik kepada sesuatu mazhab dalam menilai dan mengamalkan sesuatu hukum telah dianggap dewasa kini sebagai tindakan yang bijak dan harmoni dalam menangani permasalahan hukum yang timbul khususnya di Malaysia. Malah pada dasarnya sikap tersebut memang dianjurkan oleh pelbagai ulama mutaakhkhirin berlandaskan kefahaman ilmu usul al-fiqh yang sebenar. Lantaran itu golongan yang menonjolkan diri sebagai tidak condong kepada mana-mana mazhab fiqh semakin mendapat tempat di Malaysia. Pandangan dan penulisan mereka sentiasa mendapat tempat di dada akhbar dan media massa. Manakala golongan tradisional yang dilabel oleh sesetengah pihak sebagai fanatik mazhab khususnya mazhab Syafi'i dianggap mewarisi pemikiran yang kolot dan tidak rasional kerana masih memperjuangkan pandangan mazhab Syafi'i dalam pelbagai sudut walaupun keperluan terhadapnya telah ditelan zaman. Fenomena ini telah membawa senario baru di Malaysia iaitu sebahagian masyarakat telah meragui sejauh mana amalan yang diamalkan oleh mereka bersandarkan pegangan mazhab Syafi'i yang asal ataupun ianya hanya rekaan ulama terkemudian. Dari sudut yang lain golongan yang sering mengkritik golongan tradisional ini pula kelihatan cendorong kepada mazhab tertentu walaupun masih tidak menyatakannya secara jelas. Persoalannya ialah sejauh mana kerelevenan mazhab Syafi'i perlu dipertahankan untuk diterima pakai di Malaysia dalam semua bidang ketika ini. Apakah perubahan zaman yang ada menyebabkan keperluan terhadap mazhab Syafi'i tidak dirasai lagi kewujudannya. Seterusnya sejauh manakah sikap liberal dalam menghayati fiqh mazhab Syafi'i itu benar-benar mampu dipraktikkan. Adakah dengan memahami fiqh mazhab Syafi'i melalui penukilan-penikilan kitab silam itu memadai untuk dilakukan kritikan tanpa memahami bagaimana metode mazhab Syafi'i itu dijelmakan dalam membina hukum. Semua persoalan ini akan cuba digarapkan dalam penulisan ini.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Liberal, Fiqh, Shafi'i, Usul fiqh, Khilafiyyah
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Depositing User: MS NURUL SYAFIQAH RAMALIM
Date Deposited: 23 Jul 2013 06:31
Last Modified: 23 Jul 2013 06:31
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/784

Actions (login required)

View Item View Item