PANTUN MELAYU LAMA: ANALISIS PENGGUNAAN KATA DAN AYAT

AB.KARIM, AB.RAZAK (1996) PANTUN MELAYU LAMA: ANALISIS PENGGUNAAN KATA DAN AYAT. Jurnal Dewan Bahasa.

Full text not available from this repository.

Abstract

Pantun merupakan salah satu daripada puisi Melayu tradisional yang diwarisi sejak zaman lampau tetapi tidak diketahui tarik sebenar kewujudannya. Namun, pantun merupakan satu daripada bentuk puisi lisan tradisional yanfg masih kekal digunakan sehingga kini walaupun fungsi dan peranannya sebagai alat hiburan, alat komunikasi dalam upacara dan adat, sebagai nasihat, untuk melahirkan perasaan dan menyuarakan rasa hati serta pelbagai&nbsp; fungsi lain.<br /> Makalah ini tidak akan membincangkan aspek-aspek di atas sebaliknya&nbsp; akan membincangkan aspek kata dan juga ayat yang membina sesebuah pantun. Aspek ayat yang dibincangkan ialah ayat tanya, ayat tunggal dan ayat majmuk serta proses pembentukan ayat-ayat majmuk serta proses pembentukan ayat-ayat ini dalam struktur permukaan mengikut Tatabahasa Transformasi Generatif. Proses pengguguran, penyusunan semula dan peluasan akan disentuh sebagai proses transformasi dalam ayat

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: pantun, ayat majmuk
Subjects: L Education
Depositing User: MR. ADNAN YAHYA
Date Deposited: 10 Aug 2007
Last Modified: 31 Dec 2009
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/80750

Actions (login required)

View Item View Item