RITUAL PADI KOMUNITI KADAZAN DATARAN PENAMPANG, SABAH

Hussin, Hanafi (2005) RITUAL PADI KOMUNITI KADAZAN DATARAN PENAMPANG, SABAH. Journal of Southeast Asian Studies, 10 (1).

[img] PDF
171-203 - HANAFI HUSSIN - RITUAL PADI KOMUNITI KADAZAN DATARAN PENAMPANG, SABAH - JATI 10,2005.PDF

Download (3MB)

Abstract

Artikel ini membincangkan ritual padi komuniti Kadazan Dataran Penampang, Sabah, sebelum kedatangan kuasa penjajahan ke Sabah, penanaman padi merupakan kegiatan utama komuniti Kadazan. Kaedah penanaman yang dijalankan adalah bersifat tradisional dan petani perlu melakukannya dengan pelbagai ritual yang tersusun untuk membolehkan padi tumbuh dengan subur dan mendatangkan hasil yang lumayan serta menjamin kesejahteraan keluarga petani. Ritual melibatkan persembahan kepada pelbagai jenis semangat dalam bentuk sajian makanan, minuman, paluan alat muzik gendang dan gong serta tarian sumazau. Elemen-elemen ini sangat berpengaruh terhadap budaya Kadazan dimana kesemua elemen tersebut menjadi lambang identiti Kadazan Penampang. Namun, perubahan yang mendadak berlaku ke atas tradisi Kadazan ini dengan kemasukan pemerintahan kolonial yang membawa bersama pengaruh baru seperti kepercayaan, agama, pendidikan sekular, teknologi moden dan sistem ekonomi kapitalis. Kesemuanya telah berjaya mentransformasikan komuniti Kadazan Penampang di mana agama baru mula dianuti dan unsur-unsur moden telah diterapkan dalam kehidupan seharian lalu amalan kepercayaan tradisi ditinggalkan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Ritual, padi, kadazan, Dataran Penampang, Sabah
Subjects: D History General and Old World > D History (General) > D204 Modern History
Depositing User: MS NOR SUZIEYANA ABDUL MAJID
Date Deposited: 23 Jul 2013 03:57
Last Modified: 23 Jul 2013 03:57
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/923

Actions (login required)

View Item View Item