Analysis koleksi sains dan teknologi pusat sumber sekolah: SATU kajian di empat buah sekolah menengah di negeri Selangor

Nik Ahmad, Nik Asma (1998) Analysis koleksi sains dan teknologi pusat sumber sekolah: SATU kajian di empat buah sekolah menengah di negeri Selangor. Masters thesis, University of Malaya.

[img] PDF
Abstract.pdf

Download (39kB)
[img] PDF
Chapter-1.pdf

Download (149kB)
Official URL: http://dspace.fsktm.um.edu.my/handle/1812/637

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui aspek kuantiti dan usia koleksi sains dan teknologi di Pusat Sumber Sekolah (PSS) menengah di negeri Selangor. Selain daripada itu, kajian ini juga dapat menunjukkan penggunaan koleksi sains dan teknologi oleh pelajar dan guru sekolah tersebut. Kajian dijalankan ke atas empat buah PSS menengah di negeri Selangor. Sampel terdiri daripada dua kategori iaitu bandar dan luar bandar. Bagi setiap kategori, sebuah sekolah gred A dan sebuah sekolah gred B telah dipilih. Kajian mendapati koleksi sains dan teknologi yang terdapat di PSS menengah yang dikaji kebanyakannya diterbitkan dalam tahun 1989 dan sebelumnya iaitu sebanyak 54.2%. Buku yang diterbitkan dalam tahun 1997 hanyalah sebanyak 1.1% sahaja daripada keseluruhan koleksi buku sains dan teknologi. Sementara itu bagi bahan bukan buku pula, tidak ada bahan yang diterbitkan selepas tahun 1993. Dan i segi usia koleksi, didapati lapan daripada tiga belas bidang subjek yang dikaji mempunyai peratus yang tinggi bagi buku yang diterbitkan sebelum tahun 1989. Ini menunjukkan majoriti buku yang terdapat di PSS menengah merupakan buku-buku yang telah berusia lebih daripada sembilan tahun. Kebanyakan koleksi sains dan teknologi yang dikaji dikategorikan sebagai koleksi yang boleh dipinjam. Koleksi tersebut juga kebanyakannya diterbitkan dalam Bahasa Melayu. Kajian mendapati guru lebih banyak meminjam buku berbanding dengan bahan bukan buku. Pelajar di semua PSS menengah yang dikaji hanya dibenarkan meminjam buku sahaja. Buku yang paling banyak dibaca dan digunakan oleh guru dan pelajar dalam tempoh seminggu ialah buku Matematik. Kebanyakan guru dan pelajar juga berpendapat bahawa koleksi buku sains dan teknologi yang terdapat di PSS menengah mereka adalah tidak mencukupi.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z665 Library Science. Information Science
Divisions: Faculty of Engineering, Science and Mathematics > School of Electronics and Computer Science
Depositing User: MS SITI NUR ATIKAH MOHAMAD RUSDI
Date Deposited: 10 Jul 2013 06:26
Last Modified: 10 Jul 2013 06:26
URI: http://repository.um.edu.my/id/eprint/98

Actions (login required)

View Item View Item